Reality vs. Fantasy
RAHSIA PERSONALITI MELALUI GAYA PERCUTIAN
Sunday, January 30 | 4:58 PM | 2 comments
52



* PULAU PERANGINAN
  • PERSONALITI - bijak mengawal emosi, memiliki jiwa sensitif & adakala perasaannya mudah tersinggung.
  • PERCINTAAN - perwatakan lembut & ramah sering membuatkan individu di sekelilingnya mudah jatuh hati. tidak hairanlah  sekiranya  mereka mempunyai ramai peminat.

* BANDAR BANDAR BESAR
  • PERSONALITI - memiliki sifat yakin diri sendiri & tergolong individu optimis. kadangkala agak keras kepala & sukar menerima pandangan orang lain. mereka mudah mengeluarkan wang / lebih mudah dipanggil boros.
  • PERCINTAAN - mereka tidak serius membincangkan soal cinta. sesetengahnya takut pada komitmen & individu di sekelilingnya juga perlu berhati hati kerana sesetengah dpd mereka gemar bertukar tukar pasangan.

* TAMAN TEMA PENUH WARNA WARNI
  • PERSONALITI - memiliki ramai teman & gemar menghabiskan masa di luar. sikap mudah bergaul & sedikit keanak anakan menjadikan mereka sangat disenangi.
  • PERCINTAAN - melihat sikap agak keanak anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya mudah bosan. mereka sukar utk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara.

* GUNUNG GANANG MENGHIJAU
  • PERSONALITI - individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah. merupakan seorang yg berfikiran terbuka, berdikari & bijak menyesuaikan diri.
  • PERCINTAAN - individu jenis ini sukakan pasangan yg mampu hidup berdikari. mereka gemarkan percintaan berlandaskan prinsip "ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, ada kalanya kita kawan biasa". tidak hairanlah jika individu seperti ini menjalinkan cinta dgn orang terdekat.
-SINAR, 22 jan 2011-

* yang mana satu korang punya?

Labels:


Older Post | Newer Post